| Cak pipit burung serindit, Mari mati di kaki bukit; Kucium hidung pipi tergigit, Kerana geram tak rasa sakit. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Cak tulis Kuala Bintang, Pecung yu lubang juga; Kalau tak boleh hingga petang, Orang tidak kenangkan kita. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Cak royak makan sirih, Sirih ada dalam padi; Rupa elok tak payah pilih, Ikut suka dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Burung cak jatuh ke paya, Disambar enggang sambil melompat; Jangan diharap kepada saya, Dagang yang hina tidak bertempat. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |