Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Kain pelikat kepala dua,
     Jahit dengan benang masturi;
Sudah berpakat kita berdua,
     Cakap orang jangan peduli.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut.

Bermaksud :

Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati.

 

Lihat selanjutnya...(9)

85

You can catch more flies with honey than with vinegar

Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu)

Sembelih ayam dengan pisau, sembelih orang dengan kapas

If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar.

Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, sembelih ayam dengan pisau, sembelih orang dengan kapas.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Yang duduk tidak beranjak, Penatnya lepas bercakap-cakap; Orang gemuk awak yang sesak, Melihat nafasnya tercungap-cungap.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau semanggar rumpun bawang, Pagar berbuah berlapi-lapis; Kalau mendengar cakap orang, Dengarkan dahulu habis-habis.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kain pelikat kepala dua, Jahit dengan benang masturi; Sudah berpakat kita berdua, Cakap orang jangan peduli.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kayuh perahu berbatu-batu, Naik ke darat menetak mengkuang; Saya baru teracu-acu, Sudah naik ke cakap orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jangan dipatahkan atap orang, Mematah atap hujan pun lalu; Jangan dipatah cakap orang, Mematah cakap membuat malu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Elok-elok kenali terap, Terap diampai menjadi benang; Elok-elok kalau bercakap, Cakap sampai orang pun senang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Saya tak cakap katakan upih, Kerana seludang jatuh melintang; Saya tak cakap kata boleh, Kerana saya dalam tangan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lalu gejis laku berjulang, Dimakan orang di rumah darat; Cakap baik tak usah juak dibilang, Kakandamu boleh menangkap kilat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah ketapi kulitnya manis, Patah galah dalam paya; Orang lelaki mulutnya manis, Cakap sepatah jangan percaya.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tanda orang memasang jerat, Setiap pagi dijenguk-jenguk; Tanda orang memegang adat, Cakap berisi laku pun elok.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas