Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Ikan petutu ikan pelata,
     Ikan puyu di sawah padi;
Kalau sudah bertutuk dia punya harta,
     Tolonglah timbang agar memuaskan hati.


Lihat selanjutnya...(210)
Peribahasa

Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.

Bermaksud :

Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.

 

Lihat selanjutnya...(91)

107

Don't count your chickens before they are hatches

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Don't count your chickens before they are hatches. Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Ikan kekek ikan gelama, Ikan tiada dalam sungai; Abang pergi tujuh purnama, Abang balik adik tak kenal.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Ikan petutu ikan pelata, Ikan puyu di sawah padi; Kalau sudah bertutuk dia punya harta, Tolonglah timbang agar memuaskan hati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ikan temenung ikan tenggiri, Ikan mati kena tuba; Duduk termenung seorang diri, Orang ditunggu tak kunjung tiba.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak ikan dimakan ikan, Ikan bernama si jarang lidi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Banyak ikan perkara ikan, Ikan bilis sedap sekali; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis pemurah hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak ikan perkara ikan, Ikan laut banyak lagi; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis menarik hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak ikan dimakan ikan, Ikan siar dalam tuar; Tahu makan tahu simpan, Rahsia kita jangan keluar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak ikan dimakan ikan, Ikan ini buang kepala; Hilang nyawa dari badan, Aku suka main berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Elok belat dapatlah ikan, Ikan pari ikan sembilang; Elok adat selamatlah badan, Saban hari berdada lapang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Anak ikan dimakan ikan, Manakan sama ikan tenggiri; Mati ikan kerana umpan, Mati tuan kerana budi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
12345678910...

Kembali ke atas