Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.nang] | چانڠ

Definisi : gong kecil (utk memberi alamat, me­nyerantakan, dll): baginda bertitah menyuruh titir ~ pemanggil; mencanangkan 1. mengumumkan kpd orang ramai (dgn memukul canang dll), menyeranta­kan; 2. menceritakan ke merata-rata tempat, mengheboh-hebohkan: kanak-kanak di kampung itu berlari ke sana sini ~ kejadian itu; pencanang orang yg mencanangkan sesuatu (berita, kejadian, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.nang] | چانڠ

Definisi : gong kecil yg digunakan utk memberi alamat (memanggil orang dll). mencanangkan 1 memukul canang utk memberitahukan sesuatu. 2 ki menghebahkan sesuatu ke merata-rata tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata canang

Puisi
 

Canang dipukul bertali-tali,
     Rakyat datang menaiki lancang;
Kalau abang meminta sendiri,
     Adakah adik sukakan abang.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Raja panggil memukul canang, Canang dipukul bertali-tali; Hendak meminta ataupun meminang, Bolehlah abang meminta sendiri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Canang dipukul bertali-tali, Rakyat datang menaiki lancang; Kalau abang meminta sendiri, Adakah adik sukakan abang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau helat hendak ramai, Tiup nafiri palulah canang; Kalau adat hendak dipakai, Hidup berbudi malu dipegang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ke rawa bermain genta, Sampai meraih-raih canang; Senyawa sebadanlah kita, Bak sirih berjunjung pinang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dari Bali ke Sumatera, Hendak bermalam di Langka Canang; Niat hati hendak bersemenda, Hati terpaut orang Minang.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada

Kembali ke atas