Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sangat menarik apabila dipandang (bkn orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dll), sangat elok (bagus, molek): gadis yg ~; barang-barang perhiasan yg ~; bagaimanapun ~nya satu-satu rancangan, tidak akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dgn ikhlasnya; bercantik-cantik menghias muka supaya cantik, bersolek; mencantikkan menjadikan cantik; mempercantik menjadikan makin cantik; kecantikan perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dll), kemolekan, keindahan; pencantik yg menjadikan (kelihatan) canĀ­tik, yg mencantikkan: cairan ~ yg luar biasa ini tersedia di toko-toko farmasi dan gerai-gerai solek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cantik I

Puisi
 

Hujan rintik cahaya redup,
     Batang kelici dalam perahu;
Cantik-cantik pun kain dicelup,
     Sudah cuci baru tahu.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Seperti si buta berbini cantik,
     si kudung beroleh cincin,
si bisu bercakap dan si tuli mendengar.

Bermaksud :

Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.

 

Lihat selanjutnya...(25)

360

To each his own

Setiap orang berbeza kesukaannya.

Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.

Many people go for pretty singers, but if you ask my opinion, I'd prefer an ugly singer to preety one -> to each his own !

Kebanyakkan orang menyukai penyanyi yang cantik, tetapi jika anda bertanyakan pendapat saya, saya lebih suka penyanyi yang hodoh, bukannya yang cantik. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

PantunSumberTema
Itik bukan sebarang itik, Itik cerdik menarik buluh; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik adik cantik membunuh. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Cerek bukan sebarang cerek, Cerek berisi air madu; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik bini laki cemburu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sisik bukan sebarang sisik, Sisik ayam membawa tuah; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik merendam hati yang gundah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sisi bukan sebarang sisik, Sisik belida memutus jala; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik membawa hatiku gila.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Itik bukan sebarang itik, Itik cerdik memungut kerang; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik adik menghanyutkan abang. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Itik bukan sebarang itik, Itik dapat terbang melayang; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik membuat mabuk kepayang. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Itik bukan sebarang itik, Itik dapat memburu angsa; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik membuat hatiku gila. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Banyak itik anak itik, Turun ke sawah makan padi; Tengok cantik dipandang cantik, Tambah pula berhati budi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Rama-rama cantik, Cantik tak terkata; Main-main tilik, Percaya batu bata.Pantun Melayu SarawakUsik-Usik
Hujan rintik cahaya redup, Batang kelici dalam perahu; Cantik-cantik pun kain dicelup, Sudah cuci baru tahu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12345678910...

Kembali ke atas