Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mencapai 1. hendak memegang atau mengambil (dgn menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dgn, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, me­mikat (hati dll): dgn bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yg bersahaja itu, tetapi dgn bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (se­suatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya utk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu me­nerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yg sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh; tercapai (sudah) dicapai, sudah sampai (ke), sudah sampai (maksud), terlaksana; tercapaikan dapat dicapai: mereka tidak akan ~ maksud aku; capaian (Komp) proses memasuki ruang simpanan utk menyimpan atau memperoleh kembali data dlm komputer; pencapaian apa yg telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh), prestasi: Pemuda UMNO harus melihat sama ada ~ orang Melayu sudah sampai ke tahap sempurna atau belum; isi, tema, persoalan novel bukanlah penentu mutlak ~ sesebuah novel; sepencapai sedapat (sehingga, sejauh) tangan mencapai, sejengkau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata capai I

Puisi
 

Tidak gula dibuat gula,
     Hanyut kiambang berangkai-rangkai;
Tidak gila dibuat gila,
     Bulan mengambang rasa nak capai.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Megawati memancing sokongan, Sokongan dari Parti Golkar, Harap dihati nak capai kemenangan, Rakyat termiskin bersepah di bandar.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Perahu belayar berisi rambai, Hendak menuju Kuala Lukut; Tinggi jangan ingat mahu capai, Tuah orang jangan ikut.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tidak gula dibuat gula, Hanyut kiambang berangkai-rangkai; Tidak gila dibuat gila, Bulan mengambang rasa nak capai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas