Sungguh beruntung memakai capal, Capalnya dapat pelindung kaki; Sungguh beruntung bermisai tebal, Tebalnya dapat menyaring kopi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau niat berkain pelekat, Eloklah pula memakai capal; Kalau niat memimpin rakyat, Duduk bicara memakai akal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apa guna berkain batik, Kalau tidak memakai capal; Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk sambal. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Apabila ke hulu berjual padi, Ke hilir pula membawa capal; Apabila terlalu suka menghasut, Akhirnya kepala kena penggal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |