Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ra] | چارا

Definisi : 1 peraturan membuat sesuatu: Bagaimanakah ~ membuat kuih itu? 2 gaya atau kaedah (spt bentuk, fesyen dll): Bahasa yg digunakan dlm karangannya mengikut ~ bahasa Melayu lama. 3 sesuatu peraturan yg lazim diikut; adat resam; adat kebiasaan: Beliau gemar sekali makan masakan ~ Melayu. cara-cara 1 berbagai-bagai cara; bermacam-macam cara. 2 pelbagai peraturan atau contoh. 3 upacara. secara 1 dgn cara: Pegawai itu telah menerangkan akta tsb kpd kami ~ ringkas sahaja. 2 selaku; sebagai: Semuanya dilakukan ~ bermain-main. 3 menurut (adat): Perkahwinannya dilakukan ~ adat Melayu. ~ langsung a. dgn cara terus atau tidak dgn perantara­an. b. tidak menyimpang atau tidak menyeleweng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cara

Puisi
 

Orang merendang si udang galah,
     Cara masakan oranglah Minang;
Orang perempuan selalunya kalah,
     Orang jantan selalunya menang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Seperti lintah menghisap darah.

Bermaksud :

Membungakan wang dengan bunga yang terlalu mahal; menipu dengan cara yang lemah lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pacat melompat).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Cara mana memecah gelas, Gelas dipecah dalam telaga; Tuan laksana bunga nerejas, Bunga dicium dalam syurga.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Orang merendang si udang galah, Cara masakan oranglah Minang; Orang perempuan selalunya kalah, Orang jantan selalunya menang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain baldu bersulam tangan, Sulam sutera cara lama; Hati rindu banyak kenangan, Ingatkan cerita zaman lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beli kain terus dilipat, Lipat pula cara sedia; Cari yang lain tidak dapat, Balik pula pada dia.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
PATI datang PATI pulang, Datang pulang menimbul perkara; Berbagai cara menangani pendatang, Pendatang menyulit ekonomi negara;Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Bagaimana jalan ke Santubong, Berjalan kaki tengah halaman; Bagaimana cara menangkap burung, Tabur padi di tapak tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pakai kereta jenama Mazda, Tempat berkerja di Pudu Raya; Berbagai cara mengkhayal minda, Remaja kita cepat terpedaya.Pantun Melayu SarawakNasib
Kalau tuan berakit buluh, Biar saya berakit kayu; Kalau tuan cara menyungguh, Biar saya menanggung rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau nak pakai kain pelikat, Ikatlah molek dipandang cantik; Carilah cara untuk memikat, Agar dapat bunga dipetik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau perahu puan tenggelam, Anak buaya pandai berenang; Kalau dah tahu cara Islam, Bolehlah abang tolong ajarkan.Kurik Kundi Merah SagaAgama
12

Kembali ke atas