Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata carilah

Puisi
 

Ada kacang tumbuh di akar,
     Akar menyangkut bawah titian;
Carilah akal fikir-fikir,
     Jangan menyesal di kemudian.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bertungkus-lumus biarlah di dapur,
     sifatkan seperti telunjuk dengan kapur;
arang jangan dibuat pupur,
     banyaklah ayam kelak datang melumpur.

Bermaksud :

Perselisihan sama sendiri janganlah dibawa ke tengah, carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau busuk carilah bangkainya, Kalau buluh carilah bukunya; Kalau kusut carilah pangkalnya, Kalau keruh carilah hulunya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau payah mencari pukat, Carilah jaring di kuala; Kalau payah mencari muafakat, Carilah runding balik semula.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pandai-pandai bertanam bayam, Carilah batang pengganti buluh; Pandai-pandai berjalan malam, Carilah bintang pengganti suluh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau dikau pergi meramu, Carilah kayu nan lurus-lurus; Kalau dikau menuntut ilmu, Carilah ilmu yang halus-halus.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jika tiada orang berladang, Carilah rimba tempat berburu; Jika tiada abang meminang, Matilah hamba menanggung rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalaulah cukup membawa beras, Hendak berlauk carilah ikan; Kalau hidup bekerja keras, Tidakkan suntuk mencari makan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila kaki tak baik-baik, Dengan segera carilah ubat; Apabila laki tak balik-balik, Jangan mudah bersangka jahat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila membeli hati, Beli bersama empedal; Apabila mencari rezeki, Carilah secara halal.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tarik akar si ragi akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ada kacang tumbuh di akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
123

Kembali ke atas