Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.la.ka] | چلاک

Definisi : 1. malang (bkn nasib seseorang), sial, tidak baik: nasibnya sungguh ~; 2. sesuatu yg menyebabkan penderitaan (kesusahan dll), kemalangan, kesialan: apabila sudah mendapat ~, seorang pun tidak datang menolong; 3. makian, keparat, jahanam, bedebah: anak sial, anak ~! 4. seruan utk menyatakan kemarahan (kekecewaan dll): Ah, ~, apalah nasib; ~ tiga belas malang sekali; mencelakakan menimbulkan (mendatangkan) celaka, menjahanamkan (merosakkan dll): lubang itu digali orang utk ~ kita; dia ~ setiap orang yg berkawan dengannya; kecelakaan bencana, kemalangan, kesusah­an, malapetaka: hidupnya terdesak dan mengalami ~ selalu; polis tidak ada di tempat ~ itu; perempuan itu mati kerana ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.la.ka] | چلاک

Definisi : 1 tidak baik (ttg nasib); tidak bahagia; malang; sial: ~ sungguh dia pagi itu, sudahlah terjatuh di tangga, ketinggalan pula wangnya di rumah. 2 = kecelakaan sesuatu yg mendatangkan kesusahan atau kesengsaraan; bencana; kemalang­an. 3 kata makian yg bermaksud bedebah atau jahanam: Si ~, pergi engkau dr sini! mencelakakan menyebabkan mendapat celaka; menjahanamkan: Mana ada orang tua yg hendak ~ anaknya? kecelakaan 1 bencana; kemalangan; celaka: Beliau telah mendapat ~ semasa merantau dahulu. 2 tertimpa atau ditimpa celaka: Jiran saya ~ baru-baru ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata celaka

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Dibawa orang ke tepian;
Malang tangan celaka tangan,
     Dalam tangan untung bahagian.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Celaka ayam,
     padi masak makan ke hutan.

Bermaksud :

Nasib yang malang.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Pantun

PantunSumberTema
Rosak ikat terbuka simpul, Terbuka simpul pengikat jatuh; Rosak adat celaka timbul, Celaka timbul umat bergaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu pantang derhaka, Orang derhaka ditimpa laknat; Sifat berseteru mengundang celaka, Datang celaka hidupkan tenat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adapun hajat sebenar hajat, Bila menyalah celaka badan; Adapun adat sebenar adat, Bila dirubah binasa iman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Dari Pak terus ke Medan, Membawa kerepek emping padi; Sungguh celaka nasib badan, Inai tempek nikah tak jadi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Sapu tangan penyapu tangan, Dibawa orang ke tepian; Malang tangan celaka tangan, Dalam tangan untung bahagian.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sapu tangan jatuh ke laman, Tiba di laman berisi bunga; Celaka tangan jembalang tangan, Dalam tangan orang punya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam kurik kuat berlaga, Taji panjang paruhnya besar; Dalam panik dapat celaka, Kaji dikenang supaya sabar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bulan sabit di langit tinggi, Sayup-sayup mata memandang; Sudahlah nasib celaka diri, Adik kucinta dipinang orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang beradat memelihara pusaka, Petaruh amanah ia jalankan; Membuang adat membawa celaka, Musuh bertambah binasa badan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jangan direndang buang nangka, Masak sebutir dibelah-belah; Jangan dikenang untung celaka, Sudah takdir kehendak Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
1234

Kembali ke atas