Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.mer.lang] | چمرلڠ

Definisi : 1. bersinar (bercahaya) dgn terang, berkilauan, gilang-gemilang: bintang-bintang ~ pd malam itu; 2. ki indah (elok) sekali: jangan lekas percaya pd janji-janji yg ~ dan kata-kata yg bergula; 3. ki (bkn kejayaan, keputusan peperiksaan, dsb) sangat baik: kejayaan ~; mencemerlangkan menjadikan sesuatu cemerlang, menggemilangkan: cita-citanya utk ~ seni budaya tempatan akan menjadi kenyataan; kecemerlangan ki keelokan, keindahan, kegemilangan: nyanyian itu menyimpan sejarah ~ Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.mer.lang] | چمرلڠ

Definisi : 1 bercahaya dgn terang; berkilauan; gilang-gemilang. 2 ki sangat indah (elok): Jangan terlalu mengharapkan janji-janji yg ~. 3 sangat baik (ttg kejayaan, keputusan peperiksaan dsb): Ali mendapat kejayaan yg ~ dlm pepe­riksaan yg lalu. kecemerlangan hal atau keadaan cemerlang; kegemilangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cemerlang


Pantun

PantunSumberTema
Bulan mengambang cahaya cemerlang, Nampak memancar di celah awan; Rasa lemah sendi dan tulang, Bila teringat wajahmu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tumbuh rumput lalang, Penuh dengan cendawan; Ada warga cemerlang, Ada warga bangsawan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Bangsal ikan pari, Tumbuh rumput lalang, Senang hati isteri, Ada anak cemerlang.Pantun Melayu SarawakNasihat

Kembali ke atas