Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cem.pa.ka] | چمڤاک

Definisi : I sj tumbuhan (pokok yg wangi bau bunganya), a) Gardenia spp.; b) Michelia champaca; c) Plumeria spp.; ~ biru sj tumbuhan (pokok), bunga kemboja, bunga kubur, Plumeria acutifolia; ~ hutan a) sj tumbuhan (pokok), Gardenia griffithii; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), bunga akar kuning, Allamanda cathartica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cem.pa.ka] | چمڤاک

Definisi : sj permata yg kuning muda warnanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cem.pa.ka] | چمڤاک

Definisi : nama sj pokok atau bunganya (bunganya berbau wangi serta panjang kelopaknya), Gardenia spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cempaka

Puisi
 

Bunga cempaka digubah intan,
     Pecah kelopak di dalam perahu;
Surat dibuka dari lipatan,
     Seorang makhluk jangan diberitahu.


Lihat selanjutnya...(21)

Pantun

PantunSumberTema
Bunga cempaka dipukul ribut, Dibawa orang ke tanah seberang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga cempaka baunya harum, Ditanam orang di dalam kota; Berpandang rupa bertemu belum, Di dalam hati sangat bercinta.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah cempaka digoyang ribut, Jatuh mari Laut Semarang; Di mulut naga abang kurebut, Inikan pula di tangan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga ros bunga melati, Bersama dengan bunga cempaka; Bila bersua idaman hati, Luput segala hati nan duka.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas