Ungkit-ungkit kayu cendana, Cendana tempat ara berbunga; Cik adik abang nak bertanya, Di mana tempat syurga dunia? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cendana sarang tempurung, Encik Tambun menggulai siput; Nyawa merat seperti burung, Laksana embun di hujung rumput. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Kayu cendana titian beruk, Orang menebang kayu beraksa; Hamba ini orang buruk, Tambah hina tidak berbangsa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Wangilah minyak kayu cendana, Dapat menjadi ubat penawar; Hatilah muak dirayu juga, Lambat kaki tangan menampar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Rumah kecil tiang cendana, Rumah besar dimakan api; Adik kecil abang nak tanya, Dengar khabar ditinggal laki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Racik-racik kayu cendana, Kayu kira di dalam puan; Wahai cik adik abang nak tanya, Boleh tak kita berjual pantun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kurang kapur tambah cendana, Burung punai atas keranji; Kami juga akan bertanya, Menunai akan segala janji. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Telur angsa sarang setalam, Cendana sarang tempurung; Embun menitik serata alam, Nyawa melarat seperti burung. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau berbaring bertengadah, Luruslah batang kayu cendana; Kalaulah adik berpaling tadah, Kuruslah abang layu merana. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Cari galah kayu di hutan, Singgah menetak cendana gaharu; Minta doa mudah-mudahan, Boleh rezeki datang selalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |