Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cen.da.wan] | چنداون

Definisi : sj kulat yg pendek batangnya dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping (sesetengahnya boleh dimakan, sesetengahnya beracun), jamur; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ bola, ~ busut, ~ racun; bagai ~ kememeh prb mudah sahaja menangis; bagai ~ disesah (dibasuh) prb pucat lesi rupanya; bagai ~ tumbuh prb terlalu banyak pd sesuatu masa; di mana ~ tumbuh, di situ tembilang terentak prb di mana perkara itu timbul, di situlah harus diselesaikan; bercendawan ditumbuhi cendawan, berkulat, berlapuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cen.da.wan] | چنداون

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan tidak berdaun dan tidak berakar serta cepat membiak (setengah-setengahnya dpt dimakan): ~ batang; ~ busut; ~ jerami cendawan yg dpt ditanam (sepanjang tahun) dan dpt dimakan. bercendawan ditumbuhi cendawan: Tunggul getah itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cendawan

Puisi
 

Kembang cendawan di tengah padang,
     Tempat Cik Siti memacu kuda;
Pada bulan baik bintang,
     Sungguhpun kecil selalu ada.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Di mana tembilang terentak,
     di situ cendawan tumbuh.

Bermaksud :

Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh, b. Di mana kapak jatuh, di situ baji makan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Cendawan tumbuh dinihari, Perigi berpagar batang buluh; Tuan umpama payung negeri, Tempat kami menumpang teduh.Pantun Melayu SarawakKasih
Cendawan dijual berkati-kati, Buah kundur, niji kopi; Tuan selalu di dalam hati, Dalam tidur termimpi-mimpi.Pantun Melayu SarawakKasih
Cendawan tumbuh di batang, Diambil orang setiap hari; pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang, Pengantin duduk suami isteri.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kalau hendak mencari cendawan, Cubalah cari cendawan kukur; Kalau hendak mencari kawan, Carilah kawan sampai ke kubur.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sayang cendawan mati meragang, Hendak disapu tercabut akar; Sayangnya tuan berbini garang, Hendak merayu takut ditampar.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kembang cendawan di tengah padang, Tempat Cik Siti memacu kuda; Pada bulan baik bintang, Sungguhpun kecil selalu ada.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sepinggan sayur cendawan, Beri makan itik; Tampan anak pahlawan, Pintak lagi cerdik.Pantun Melayu SarawakKiasan
Cendawan tumbuh di atas awan, Tumbuh sekali di atas bilah; Cuba-cubalah bagai cendawan, Untung selamat kasihan Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Biarlah orang mencabut cendawan, Kita mencabut padi kan mati; Biarlah orang merebut bangsawan, Kita merebut budi pekerti.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau takut merendam cendawan, Eloklah mandi bersabun lumut; Kalau takut menentang lawan, Eloklah mati terjun ke laut.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
123

Kembali ke atas