Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.pu] | چڤو

Definisi : 1. sj cembul utk tempat tembakau dll (dibuat drpd perak, kayu, dll); 2. sj kotak drpd mengkuang dll (utk membawa makanan, pakaian, dll); ~ debunga bahagian stamen yg mengandungi debunga, anter; bagai ~ dgn tudungnya prb sesuai benar (cocok sekali). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.pu] | چڤو

Definisi : 1 cembul yg dibuat drpd logam atau kayu utk bekas tembakau dll. 2 kotak yg dibuat drpd mengkuang utk bekas pakaian (makanan dll). ~ debunga bahagian bunga jantan atau stamen yg pdnya terdapat debunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cepu

Puisi
 

Cepu-cepu Pangkalan Cina,
     Cepu kecik beragi-ragi;
Kalau dulu abang yang punya,
     Ini sekarang lain berganti.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Cepu-cepu karang Cina, Risik mengisi kain; Cepu-cepu adik nak tanya, Betul ke tidak nak cari lain?Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Cepu-cepu Pangkalan Cina, Cepu kecik beragi-ragi; Kalau dulu abang yang punya, Ini sekarang lain berganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sakit saya kena cepu, Tidak sakit kumbang menyengat; Sakit saya kerana tipu, Dalam tipu tidak ingat.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bunga rampai dalam cepu, Taruh mari dalam raga; Ucap selamat pengantin baru, Ibu bapa menumpang suka.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas