Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerita

Puisi
 

Hari minggu pergi ke panggung,
     Dengar cerita anak dewa;
Hati rindu tidak tertanggung,
     Kalau tidak mati menjadi gila.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Dagangan bersambut yang dijualnya.

Bermaksud :

Cerita daripada orang lain yang diceritakannya. dagangan bersambut = barang amanah.

 

Lihat selanjutnya...(7)

315

A liar is not believed when he tells the truth

Orang yang sudah biasa berbohong akan disangsikan kebenaran katanya.

Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya?

Please don't make up stories because a liar is not believed when he tells the truth. You have only yourself to blame if your genuine pleas for help go unheeded someday.

Janganlah awak mereka-reka cerita kerana orang akan beranggapan kayu bengkok, masakan lurus bayangannya. Jangan awak menyalahkan orang lain pula jika rayuan minta tolong awak itu, meskipun betul, tidak diendahkan kelak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Cina datang dari Hong Kong, Bawa bersama buah bidara; Bukannya cerita, cerita kosong, Cerita Pak Tua penglipur lara;Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Seri Bayu namanya cerita, Cerita lagenda pari-pari; Seru kepada rakyat jelata, Mesti pintar bijak bestari.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Al-kisah sebuah cerita, Cerita nelayan duduk di jeti; Kisah seorang gadis jelta, Cantik parasnya menawan hati.Pantun Melayu SarawakKasih
Cerita dikisah bertalu-talu, Jaring dikering bersama pukat; Cantiknya dara nak pandang selalu, Jeling menjeling hati terpikat.Pantun Melayu SarawakKasih
Cerita nelayan laut bergelora, Cerita Pak Tua buat tetamu; Cantik si dara tidak terkira, Cantik ibarat ratu jamu.Pantun Melayu SarawakKasih
Tidak tahan menanggung malu, Mati Dang Aisah dicerut rambut; Begitu cerita Spaoh dulu, Cerita dogeng masih disebut.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Konon cerita tersebar luas, Dang Aisah dituduh berkhalwat; Zon Industri dagangan bebas, Kemajuan Negeri bertambah pesat.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Datuk Merpatu konon cerita, Beranak naga Sang Seri Bulan; Bertongkat dagu bersengkang mata, Menanti pulang dirimu tuan.Pantun Melayu SarawakKasih
Untuk apa menengok wayang, Supaya melihat cerita lama; Untuk apa duduk sembahyang, Supaya selamat dari neraka.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Hari Ahad pergi ke panggung, Melihat cerita Seri Andalas; Hati rindu tidak tertanggung, Budi tuan tidak terbalas.Kurik Kundi Merah SagaBudi
12

Kembali ke atas