Peganglah kail cermat-cermat, Jangan sampai terbang melayang; Peganglah wakil dengan amat, Jangan terbuang kasih sayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Cermat-cermatlah sampan menyeberang, Datang ombak gulung-menggulung; Hemat-hematlah berjalan seorang, Datang sesak siapa menolong. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau berjalan tidak cermat, Lambat-laun kaki terpuruk; Kalau berkawan tidak ingat, Lambat-laun pasti beramuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila meniup tidak cermat, Salah-salah tangan terbakar; Apabila hidup tidak berhemat, Lama-lama badan terkapar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau tidak kerana cermat, Habislah dakwat dipeluk ungka; Kalau tidak kerana Nabi Muhammad, Habislah umat masuk neraka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pasang pelita berhemat cermat, Supaya minyak tidak tertumpah; Kukenang dinda sampai kiamat, Supaya tidak termakan sumpah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang beradat hemat dan cermat, Bijak menghitung laba dan rugi; Membuang adat umat kiamat, Balak menuntung menimpa negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila meniup bara api, Kurang cermat muka terbakar; Bila hidup tiada berbudi, Orang mengumpat nama tercemar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat berbicara berhalus-halus, Adat bermuafakat berhemat cermat; Adat bersaudara berlurus-lurus, Adat berkerabat ingat-mengingat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Hari redup membuat gambar, Gambar dibuat dengan cermat; Hidup kita mahu sabar, Baru kita dapat selamat. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |