Cik Yam turun ke barat, Sampai ke barat terkena duri; Ibarat royan biarlah ada tempat, Insaflah sedikit diri abang sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik tuan pergi ke hulu, Bawa balik batil tembaga; Kalau tuan mati dahulu, Nantilah saya di pintu syurga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik tuan memotong baju, Temak denak tengah jerami; Jika tuan cakap begitu, Sangat benak hati kami. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Siti pergi ke hulu, Sampai di hulu mencuci kain; Cari ganti sabar dahulu, Ini belum mahu pada yang lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Siti menyulam bunga, Kain baldu disulam kelingkan; Sudah didapati tidak berguna, Kenapa tak mahu tuan lepaskan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Siti buat penganan, Penganan dibuat untuk kenduri; Bilalah hati sudah berkenan, Orang lain tak usah peduli. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Saad membeli pinang, Pinang dibeli Kampung Sena; Puan ingat saya kenang, Baru boleh kawan lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Putih menanam cempedak, Lebat daun bunga tiada; Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun dikenang jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Mat anak Wak Satong, Pandai melirik di kaki dulang; Lautan dalam boleh diharung, Inikan pula di tangan orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Lah orang Melaka, Jual talam dengannya cuka; Tujuh bilah lembing di dada, Hitam manis kupegang juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |