Cik Esah menuju ke pekan, Tumbuh kulat di kaki kuda; Cik Esah cik tuan pesan, Kirim surat kupinang muda. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Cik-cik hilir ke pekan, Daun nangka berjari-jari; Rupa cantik tak boleh makan, Budi bahasa hendak dicari. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Cik Bah anak Cik Daud, Cucu pula pada Cik Anjang; Musim bah dagang tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kalau cik tuan selasih dana, Cik Tom bertali tiga; Kalau cik tuan kasihkan kami, Jangan diragut dua tiga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Ali anak Cik Hassan, Hendak menggulai kambing jantan; Sahabat baik saya berpesan, Santan mabuk jangan dimakan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Cik Siti anak Cik Hanafiah, Bangkit pagi menjahit kupiah; Laksana buah masak sebelah, Hendak kutelan serba salah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Cik Dol anak Cik Tahir, Tangkap belalang di celah batu; Emas sekati intan setahil, Cari tukang ikatkan satu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Cik Mahat tukang rumah, Cik Ali tukang tingkap; Minta maaf seisi rumah, Minta izin saya cakap. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau Cik Jah ke rumah Cik Maimun, Singgah ke kedai membeli bunga; Mati gajah tulangnya menimbun, Mati hamba nak tinggalkan nama. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Patah galah mudik ke Jelai, Membawa Cik Hassan dengan Cik Husin; Apalah salah kita bercerai, Sabit belacan makan dek kucing. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |