Hendak lilin kuberi lilin, Lilin dapat menyala terang; Hendak cincin kuberi cincin, Cincin mengikat kasih sayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Cincin ini cincin ditempa, Cincin ini ikat suasa; Kalau buah putik diranggah, Masam manis tak tentu rasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Cincin perak cincin suasa, Mari dipakai sebelah kanan; Biar rosak sama binasa, Kasih tiada lepas di tangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cincin patah cincin permata, Sayang gandaran putus talinya; Makin lawa makin tercinta, Dengar-dengaran bunyi-bunyinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau hendak memilih cincin, Pilihlah cincin seukuran jari; Kalau awak memilih pemimpin, Pilih pemimpin tahukan diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau hendak memilih cincin, Pilihlah cincin permata intan; Kalau awak memilih pemimpin, Pilih pemimpin dada beriman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau hendak memilih cincin, Pilihlah cincin yang sejudu; Kalau awak memilih pemimpin, Pilih pemimpin yang berilmu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sirih saya sirih Cina, Sirih datang dari Kuantan; Cincin saya cincin bertanya, Ada tidak menaruh intan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Cincin perak permata baiduri, Selang dengan intan berlian; Kain kasar dalam duri, Takut koyak tarik perlahan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Cincin intan sarung di jari, Bila pakai nampak cahayanya; Sungguh durian buah berduri, Dengan tupai alah deknya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |