Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cincin

Puisi
 

Cincin perak cincin suasa,
     Mari dipakai sebelah kanan;
Biar rosak sama binasa,
     Kasih tiada lepas di tangan.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Bagai mendapat cincin ijuk.

Bermaksud :

Mendapat barang yang tidak berguna.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

PantunSumberTema
Hendak lilin kuberi lilin, Lilin dapat menyala terang; Hendak cincin kuberi cincin, Cincin mengikat kasih sayang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Cincin ini cincin ditempa, Cincin ini ikat suasa; Kalau buah putik diranggah, Masam manis tak tentu rasa.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Cincin perak cincin suasa, Mari dipakai sebelah kanan; Biar rosak sama binasa, Kasih tiada lepas di tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cincin patah cincin permata, Sayang gandaran putus talinya; Makin lawa makin tercinta, Dengar-dengaran bunyi-bunyinya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau hendak memilih cincin, Pilihlah cincin seukuran jari; Kalau awak memilih pemimpin, Pilih pemimpin tahukan diri.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau hendak memilih cincin, Pilihlah cincin permata intan; Kalau awak memilih pemimpin, Pilih pemimpin dada beriman.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau hendak memilih cincin, Pilihlah cincin yang sejudu; Kalau awak memilih pemimpin, Pilih pemimpin yang berilmu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sirih saya sirih Cina, Sirih datang dari Kuantan; Cincin saya cincin bertanya, Ada tidak menaruh intan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Cincin perak permata baiduri, Selang dengan intan berlian; Kain kasar dalam duri, Takut koyak tarik perlahan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Cincin intan sarung di jari, Bila pakai nampak cahayanya; Sungguh durian buah berduri, Dengan tupai alah deknya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
123456

Kembali ke atas