Pergi ke bukit mencari inai, Inai tidak berbunga lagi; Sungguh ada sutera cindai, Cindai tidak berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Untuk apa kain cindai, Supaya dapat kain baru; Untuk apa kahwin cerai, Supaya dapat kahwin baru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kain Bertabur bunga lembut, Cindai bersulam emas suasa Hancur gunung bergolong laut, Cintaku hanya pada yang Esa. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Apabila ke hulu berkain cindai, Ke hilir pula bercekak musang; Apabila selalu kahwin dan cerai, Akhirnya kepala dipijak orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Perahu belayar menyusur arus, Patah kemudi susur di pantai; Baik cari cindai yang halus, Alah beli menang dipakai. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Pergi ke Tanjung membeli sirih, Belum dapat kuning gagangnya; Habis gudang cindai kupilih, Belum dapat sering benangnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pergi ke bukit memetik bunga, Bawa orang pulang ke hulu; Kalau cindai tidak berguna, Sutera belacu terbuang lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Orang mengail tepi pantai, Dapat seekor ikan todak; Sungguh halus sutera cindai, Kalau buruk terbuang juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ular lidi di pohon binjai, Mari terlanggar gugur ke tanah; Biar sejari kain cindai, Banyak berkodi apa gunanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Sayang sekoci perahu Melayu, Sarat muatan belayar balik; Habis sekodi pilih sekayu, Belum dapat cindai yang baik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |