Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : terlalu sangat cinta (asyik maksyuk); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cinta berahi


Pantun

PantunSumberTema
Asuklah kasut jalan ke pasir, Hendak berahi di dalam puan; Rambut kusut tidak tersisir, Dendam berahi denganmu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga pandan dalam serahi, Indera berarak ke Padang Temu; Betapa tuan dendam berahi, Bila gerangan hendak bertemu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan bukit saja meruntuh, Bemban serai meruntuh juga; Bukan penyakit saja membunuh, Gila berahi membunuh juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan bukit saja meruntuh, Orang Serani meruntuh juga; Bukan penyakit saja membunuh, Dendam berahi membunuh juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Malam ini merendam sagu, Hanyut bemban menunda batang; Jika begini rasa hatiku, Hilang dendam berahi datang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Biji mentimun dibuat bibit, Sampai musimnya ditanam lagi; Menanti bertahun membuat sakit, Badan merana dendam berahi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Mabuk bukan sebarang mabuk, Mabuk termakan asam kelubi; Teruk bukan sebarang teruk, Teruk menahan dendam berahi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Saya bertemu Kuala Halus, Rumah dinaik di dalam puan; Badan saya semadi kurus, Bawa berahi denganmu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berkasut jalan ke pasir, Seorang garib di dalam puan; Rambutnya kusut tidak tersisir, Dendam berahi denganmu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa daya bajuku ini, Begini lemah lagi berlari; Apa daya hatiku ini, Makin dihibur makin berahi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas