Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cintaku


Pantun

PantunSumberTema
Permata zamrud berikan kami, Hadiah suami kepada isteri; Cintaku ibarat rumput di bumi, walau dipijak tetap menjadi.Pantun Melayu SarawakKasih
Dua ratus bilangan angka, Banyaknya habis hingga seribu; Cintaku putus hilanglah muka, Hendak menangis terasa malu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hinggap mari di pohon duku, Duku dekat pohon melati; Cintaku puteri belahan jiwaku, Hatiku terlekat sampai ke mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain Bertabur bunga lembut, Cindai bersulam emas suasa Hancur gunung bergolong laut, Cintaku hanya pada yang Esa.Pantun Melayu SarawakKasih
Bukan pita sebarang pita, Pita bercorak warna pelangi; Bukan cinta sebarang cinta, Cintaku tidak berbelah bagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan pita sebarang pita, Pita dipakai untuk pengikat; Bukan cinta sebarang cinta, Cintaku sampai akhir hayat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan pelita sebarang pelita, Pelita dapat menyuluh ladang; Bukan cinta sebarang cinta, Cintaku dapat membunuh orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan pelita sebarang pelita, Pelita ini sumbunya banyak; Bukan cinta sebarang cinta, Cintaku ini tak berganjak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bersarlah pasak daripada tiang, Tanda kerja takkan menjadi; Biarpun banyak dinista orang, Cintaku tidak berbelah bagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun hari gelap-gelita, Perahu terus juga merapat; Walaupun kami tidak berharta, Cintaku tulus dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas