Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cua.ca] | چواچ

Definisi : keadaan udara (cahaya matahari, angin, hujan, tekanan udara, dll) di sesuatu tempat pd sesuatu ketika tertentu: ~ baik; ~ gelap; ~ terang; mendengar laporan keadaan ~ melalui radio; ilmu kaji ~ pengetahuan bkn keadaan udara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cua.ca] | چواچ

Definisi : keadaan udara (cahaya matahari, angin, hujan dsb) di sesuatu tempat pd ketika tertentu: ilmu kaji ~ pengetahuan ttg keadaan cuaca; kaji cuaca. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuaca

Puisi
 

Bintang di timur cuaca baik,
     Cahayanya sampai ke hutan seberang;
Mulut manis hatinya baik,
     Itulah budi dikenang orang.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Cuaca panas helang berbunyi, Ayam dikurung dalam reban; Hilang emas boleh dicari, Hilang kasih gunung teregan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hujan lebat cuaca buruk, Tambah pula bukit-bukitan; Di sana sini berbau busuk, Mayat juga tidak kelihatan.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Bintang di timur cuaca baik, Cahayanya sampai ke hutan seberang; Mulut manis hatinya baik, Itulah budi dikenang orang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Helang terbang melewati pantai, Cuaca redup naik perahu; Hilang saudara sahabat handai, Lenyap segala harta dan nyawa.Pantun Melayu SarawakAgama
Lumba-lumba bermain gelombang, Cuaca redup tengah hari; Cuba-cuba menanam mumbang, Kalau hidup tuah negeri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ibu kapur di lembah paya, Tebang balam di cuaca redup; Sirih sekapur persembahan saya, Minta disimpan seumur hidup.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau tuan naik perahu, Jangan lupa bawa bekalan; Kapten Samsudin memberi tahu, Cuaca buruk Ba' Kalalan.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Putus tunang raja di Daik, Pecah terhempas ke tudung saji; Terang bulan cuaca pun baik, Riuh rendah suka di hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas