Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cubalah

Puisi
 

Cubalah abang naik rakit,
     Naik kereta pergi ke hulu;
Bolehlah abang tolong sedikit,
     Supaya adik bolehlah tahu.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

PantunSumberTema
Dari hulu sampai ke hilir, Pokok kiambang tumbuh melata; Cubalah ingat cubalah fikir, Siapalah dia di depan kita.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Cubalah abang naik rakit, Naik kereta pergi ke hulu; Bolehlah abang tolong sedikit, Supaya adik bolehlah tahu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalaulah sudah merenda kain, Cubalah buat kebaya panjang; Kalau derhaka pada pemimpin, Binasa umat dilanda perang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau hendak mencari cendawan, Cubalah cari cendawan kukur; Kalau hendak mencari kawan, Carilah kawan sampai ke kubur.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau nangka tak mahu masak, Cubalah peram sehari dua; Kalau derhaka ke ibu bapak, Neraka jahanam menantikannya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau nak tahu kelat halia, Cubalah tengok halia darat; Kalau nak tahu sahabat setia, Tengok sahabat Nabi Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jika tak mahu memakan nasi, Cubalah cari kuih penganan; Jika tak mahu tuan menanti, Hingga di sini putus hubungan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Main wayang dua tiga panggung, Cubalah tilik hikayat Jawa; Badan mana saya nak tanggung, Gajah seekor dua gembala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bi Semat di kepala tangga, Cubalah juak menabur padi; Beri alamat kepada kamek berdua, Dapatlah kamek berdua menghibur hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tak ada di dalam pukat, Cubalah cari dalam pangkalah; Kalau tak ada di dalam adat, Carilah di dalam syarak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas