Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ka] | چوک

Definisi : cairan yg masam rasanya (biasanya dibuat drpd nira kabung, nyiur, dll); ~ belanda cuka yg dibuat drpd anggur dll melalui proses kimia, asid asetik; ~ getah asid utk membekukan getah, asid formik; ~ jawa cuka yg dibuat drpd nira; minum ~ pagi hari = ~ diminum pagi hari prb bermuka masam kerana benci atau marah akan sesuatu; mencuka ki menjadi masam spt cuka (bkn wajah, muka) kerana marah, geram, dll: Cik Zabedah mengekorinya dgn wajah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ka] | چوک

Definisi : cairan yg masam rasanya (biasa­nya dibuat drpd nira). ~ getah asid utk membekukan getah; asid formik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuka

Puisi
 

Ikan tenggiri makan menyambar,
     Cuka-cuka dalam peti;
Bila berpucuk daunnya lebar,
     Akar menjalar ke sana ke mari.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bak tengguli ditukar cuka.

Bermaksud :

Pertukaran yang amat bertentangan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Cuka-cuka beli di bandar, Simpan makan dalam perahu; Suka-suka mahu belajar, Tidak belajar mana tahu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ikan tenggiri makan menyambar, Cuka-cuka dalam peti; Bila berpucuk daunnya lebar, Akar menjalar ke sana ke mari.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Asam cuka si ramania, Pancukan baginda Ali; Suka-suka di dalam dunia, Qadak hidup dua kali.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Biarkan orang berasam cuka, Kita berkandis-kandis juga; Biarkan orang bermasam muka, Kita bermanis-manis juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau ada selasih dani, Ikan cuka masak kari; Kalau ada kasih kami, Sapu tangan sampai ke mari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bila termakan ke biji pahit, Berilah cuka berserta madu· Bila kusimpan jadi penyakit, Hendak dibuka berasa malu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Alangkah lazat ikan bakar, Diberi sayur berasam cuka; Abanglah penat membaca jampi, Adik tak juga mahu menyapa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Alangkah lazat ikan bakar, Diberi sayur berasam cuka; Abanglah penat menahan sabar, Adik kutegur membuang muka.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau bercendawan labu dimasak, Jeranglah poci tuangkan cuka; Kalau melawan ibu dan bapak, Orang membenci Tuhan pun murka.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Orang Keling berkedai rempah, Asam paya melawan cuka; Sudah nasib tuan menempah, Barang dicari kerap berjumpa.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas