Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ngap] | چوڠڤ

Definisi : bp = ~-cangip = cungapan terngap­-ngap, terengah-engah; mencungap, tercungap-cungap bernafas kencang (melalui mulut dan hidung) kerana kepenatan dll, terngap-ngap (susah bernafas), mengap-ngap, terengah-engah: Tom pun tersendat-sendat nafasnya serta ~ spt orang mengah; Muthusami tercungap-cungap berlari keluar dr dlm belukar; cungapan perbuatan mencungap: ~nya kedengaran cepat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ngap] | چوڠڤ

Definisi : Sl sj sumpit drpd mengkuang atau pandan (utk menyimpan barang-barang dapur). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ngap] | چوڠڤ

Definisi : ; mencungap bernafas dgn kencang (melalui mulut dan hidung) kerana terlalu penat dll. tercungap-cungap dlm keadaan mencungap; termengah-mengah; terngap-ngap: Dia ~ selepas berjalan begitu jauh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cungap


Pantun

PantunSumberTema
Ayam-ayam tersipi-sipi, Sambar dek elang tercungap-cungap; Tidur malam termimpi-mimpi, Tidur siang teringat-ingat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Yang duduk tidak beranjak, Penatnya lepas bercakap-cakap; Orang gemuk awak yang sesak, Melihat nafasnya tercungap-cungap.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas