Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.rang] | چورڠ

Definisi : 1. tidak jujur, tidak lurus (tulus) hati: orang-orang yg munafik senantiasa berhati ~; 2. tidak setia (khianat) kpd suami (isteri, tunangan dsb) dgn menjalin hubungan cinta dsb dgn orang lain; mencurangi 1. menipu, membohongi, me­ngakali; 2. berlaku tidak setia kpd (suami, isteri dsb): dia ~ gadis itu; kecurangan keadaan curang, ketidakjujuran: ~ pegawai itu dapat diketahui oleh Jabatan Penyiasat Kecurangan; saya mempunyai bukti yg kukuh mengenai ~ suami saya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.rang] | چورڠ

Definisi : jurang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.rang] | چورڠ

Definisi : tidak lurus hati; tidak jujur; khia­nat. mencurangi berlaku atau berbuat curang kpd. kecurangan perbuatan atau hal curang; sifat curang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata curang

Peribahasa

Sayang buah kepayang,
     dimakan mabuk dibuang sayang.

Bermaksud :

Keadaan yang serba salah dalam menghadapi kekasih atau isteri yang curang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Cumi dan Ciku pergi belajar, Terus bermain jungkang jungkit; Suami curang ditunjuk ajar; Biar tahu tingginya langit.Pantun Melayu SarawakKasih
Kalau selalu berbaju kutang, Lambat-laun pusat terdedah; Kalau selalu berlaku curang, Lambat-laun mendapat musibah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau membeli batu karang, Banyak dijual di Kayu Mati; Kalau suami sebetulnya curang, Bulatkan fikir tabahkan hati.Pantun Melayu SarawakKasih
Siapa suka memanjat pinang, Sekali-sekali badan kan penat; Siapa suka berbuat curang, Sekali-sekali tangan terkebat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila di hulu tidak berladang, Ke hilir pula mencari makan; Apabila selalu bertindak curang, Akhirnya semua menjadi lawan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau hendak membeli kain, Jangan dibeli kain jarang; Kalau awak menjadi pemimpin, Jangan sekali bermain curang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sambil minum duduk di tikar, Asyik berbual sampai petang; Begitukah nasib isteri sabar, Asyik dapat suami curang.Pantun Melayu SarawakKasih

Kembali ke atas