Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ri.ga] | چوريݢ

Definisi : sl keris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ri.ga] | چوريݢ

Definisi : 1. syak wasangka, waswas, sangsi: mereka berasa ~ terhadap sesiapa yg membawa fikiran dan pendapat-pendapat baru; 2. berjaga-jaga atau berhati-hati (kerana syak atau sangsi akan sesuatu); mencurigai menaruh (perasaan) curiga terhadap, kurang percaya kpd, mengesyaki: kita harus ~ orang-orang yg spt ini; guru tersebut ditukarkan ke hulu-hulu kerana dicurigai bergerak cergas dlm parti politik; curiga-mencurigai mencurigai antara satu sama lain, saling mencurigai: timbullah tuduh-menuduh, ~ antara orang Melayu dgn bukan Melayu; mencurigakan membangkitkan curiga (ku­rang percaya, sangsi): adakah gerak-geri yg ~? kecurigaan 1. perihal curiga; 2. syak wa­sangka: yg menyebabkan ~ Rahim ialah pemuda itu, walaupun tidak bekerja, mempunyai wang yg banyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ri.ga] | چوريݢ

Definisi : 1 berperasaan kurang percaya (spt menyangka orang akan berbuat jahat); syak; waswas: Apabila pemuda itu mena­nyakan sesuatu yg bukan-bukan kpdnya, ia pun mula ~. 2 berhati-hati; berjaga-jaga (kerana syak atau sangsi akan sesuatu): Kita mestilah sentiasa ~ kerana banyak penipu yg mengaku sbg wakil sesuatu badan kebajikan. mencuri­gai kurang percaya kpd; mengesyaki: Kami masih ~nya. mencurigakan menimbulkan rasa kurang percaya: Gerak-gerinya itu sangat ~. kecurigaan hal atau keadaan curiga; syak wasangka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata curiga

Peribahasa

Katak menggigit telunjuk,
     melihatkan ular sudah menjadi belut.

Bermaksud :

Orang jahat yang sudah berubah jadi baik, namun orang masih curiga juga.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Bagaimana kita hendak berhenti, Kerana di jalan orang curiga; Bagaimana hamba hendak berjanji, Kerana tuan memandang harta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas