Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ga.ngan] | داݢڠن

Definisi : barang-barang yg dipikul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ga.ngan] | داݢڠن

Definisi : barang-barang yg diperdagangkan (diperniagakan atau dijualbelikan, biasanya di atau ke tempat atau negeri asing): pd ketika itu bapaku menjadi saudagar, membawa ~ belayar pergi datang ke negeri Siak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ga.ngan] | داݢڠن

Definisi : 1 barang-barang yg diperjualbelikan atau diperniagakan: Barang ~nya terdiri drpd kain batik, kain songket dan kain kasa. 2 urusan dagang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dagangan

Puisi
 

Bawa mari ke kedai Cina,
     Kerana itu buah dagangan;
Hidup kita biar sempurna,
     Kerana dunia ini adalah tumpangan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Dagangan bersambut yang dijualnya.

Bermaksud :

Cerita daripada orang lain yang diceritakannya. dagangan bersambut = barang amanah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Dagangan datang dari Melaka, Timbang mari dacing tembaga; Cakap sombong saya tak suka, Lantai nibung makan kepala.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kalau berjaj hendaklah hemat, Supaya dagangan tetap berlaba; Kalau bekerja hendaklah cermat, Supaya pekerjaan tetap berjaya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau berjaja tentu bermodal, Hilang modal habis dagangan; Kalau bekerja tentu berakal, Hilang akal habis pekerjaan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bawa mari ke kedai Cina, Kerana itu buah dagangan; Hidup kita biar sempurna, Kerana dunia ini adalah tumpangan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Konon cerita tersebar luas, Dang Aisah dituduh berkhalwat; Zon Industri dagangan bebas, Kemajuan Negeri bertambah pesat.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Pagi-pagi buat senaman, Kesihatan badan mesti dijaga; Kelapa sawit bari ditanam, Promosi dagangan sudah ditaja.Pantun Melayu SarawakBerniaga

Kembali ke atas