Daging punai dalam dulang, Kasi makan Datuk Temenggung; Jangan bawa resmi udang, Ekor berdetik tahi dijunjung. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Daging ada berbatang tiga, Orang berjemur di batang padi; Saya hendak kasih bertiga, Rasa kiamat di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jangan bagi perisa, Percik daging kuda; Jangan putus asa, Adik masih muda. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kalau udang dibuat gulai, Daging rusa dimasak kari; Kalau wang jadi pemakai, Budi bahasa pengiring diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Yang dipindang ikan, yang dibakar daging; Yang dipegang tangan, Yang gementar keting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Duduk di tanah Kelebang, Curi daging makanan Cik Tahir; Berapa deras dipukul gelombang, Belum mabuk ikan di air. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tiup api periuk belanga, Tempat memasak daging kerbau; Abang pergi janganlah lama, Adik tinggal tidaklah dihirau. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kerana kera hendak menikah, Banyak lembu merebus daging; Kerana mentua tamak serakah, Banyak menantu kurus kering. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Elok hari bawa berburu, Dengan berburu banyaklah daging; Eloklah hati mentua bisu, Dengan menantu tidak menengking. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pasang api di bawah belanga, Pakai memasak daging kerbau; Tuan pergi janganlah lama, Tidak berteman adik bergurau. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |