Tiga petak tiga penjuru, Anak haruan di Padang Cina; Habis dah ubat habis dah peluru, Barang tembak sedikit pun tak kena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Jika tidak memukat ikan, Tentu dah lama pulang ke rumah; Jika tidak mengingat puan, Tentu dah lama abang menikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau kutahu tuan ke kota, Tentu dah lama aku menumpang; Kalau kutahu tuan mencinta, Tentu dah lama aku meminang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Diam-diam orang menari, Kerana hari dah larut malam; Malam-malam abang ke mari, Kerana hati dah rindu dendam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ada kain lupa ke baju, Konon baju layu dah bunga; Ada lain lupakan aku, Kerana aku orang dah hina. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bila dah naik orang berburu, Tentulah cepat binatang hilang; Apabila adik memang setuju, Tentulah cepat abang meminang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang nasi dah jadi bubur, Sedap tak sedap dimakan juga; Sedang mandi abang menegur, Tergagap-gapap disahut juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Itik berbunyi hari dah siang, Itik balik waktu petang; Adik berlari seperti kijang, Adik menerkam seperti helang. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Ulamku ini ulam dah layu, Manakan dapat dimakan lagi; Demamku ini demam merayu, Tuan berangkat seorang diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak berburu orang dah pergi, Biarlah hamba duduk menunggu; Hendak bertemu dinda tak sudi, Biarlah hamba menanggung rindu. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |