Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.han] | داهن

Definisi : bahagian yg tumbuh dr batang pokok; ~ pembaji batang = baji membelah ~ prb berbudi kpd orang dgn menggunakan perbe­lanjaan orang itu sendiri; berdahan mempunyai dahan atau sudah tumbuh dahannya: pokok yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.han] | داهن

Definisi : ® pendahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.han] | داهن

Definisi : bahagian pokok yg tumbuh pd batang: Pd pokok pisang, tidak ada ~. berdahan 1 ada dahannya. 2 sudah tumbuh dahannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahan

Puisi
 

Anak tupai meniti dahan,
     Dahan patah tebing seberang;
Macam saya belum faham,
     Jangan berlawa disuruh orang.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Dahan pembaji batang.

Bermaksud :

Menggunakan harta benda tuannya.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

PantunSumberTema
Anak tupai meniti dahan, Dahan patah tebing seberang; Macam saya belum faham, Jangan berlawa disuruh orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batang senduduk dahan berpintal, Patah ditimpa si pokok berangan; Disangka mengantuk disorongkan bantal, Rupanya tidur berbantal lengan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa dikenang si dahan pauh, Kalaulah patah tumbuh lagi; Apa dikenang orang yang jauh, Orang lain banyaklah lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung nuri hinggap di dahan, Melihat undan di pokok cendana; Pilu hati tidak tertahan, Melihat tuan duduk merana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga dedap lebat di dahan, Bila kembang warnanya merah; Kalau cinta menjerat badan, Hati juga selalu gelisah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berkawan melayang ke kuala, Hinggap mari di dahan duku; Manakala dikenang hatiku gila, Cintakan puteri belahan jiwaku.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cantik sungguh buah kepayang, Masak sebiji di hujung dahan; Ditelan pahit diluah sayang, Sakit sungguh tanggungan badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merbuk terbang ke tebing, Hinggap ia di dahan manggis; Kalau hendak menyarung cincin, Sarungkanlah di jari manis.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah rambai buah rambutan, Masak sebiji di hujung dahan; Kalau ada mudah-mudahan, Ambillah saya dengan perlahan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah rambai buah rambutan, Masak sebiji di hujung dahan; Jangan diusik burung di hutan, Burung di rumah mati tak makan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas