| Bapa hendak meniti dahan, Dahan patah tebing seberang; Saja tak pandai harap faham, Jangan gelabah disuruh orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Anak tupai meniti dahan, Dahan patah tebing seberang; Macam saya belum faham, Jangan berlawa disuruh orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Gagak hinggap di dahan kayu, Suaranya kuat dahan bergetar; Hendak bercakap lidahku kelu, Hendak mengurat tangan gementar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Dahan rapuh jatuh ke tanah, Dedalu tumbuh bersama palas; Teladan kepada tidak amanah, Seribu lesap sejuta melepas. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
| Kalau dahan selalu goyah, Manakan dapat hendak bertumpu; Kalau makan terlalu serakah, Manakan ingat ke anak cucu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Bagaimana dahan takkan patah, Bila kayunya dimakan ulat; Bagaimana iman tidakkan goyah, Bila mahu berkawan penjahat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Liat sungguh dahan sialang, Diterpa angin tidak kan patah; Niatku sungguh hendak meminang, Hidup miskin bangsa pun rendah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Sekah-sekah dahan rotan, Dipukul ribut senjakala; Saya tidak menaruh intan, Tembaga buruk pada saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Pokok sena dahan sena, Sulur-menyulur di tepi perigi; Tahun mana musim yang mana, Haraplah kita jumpa lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Pokok sena dahan bercantum, Tempat bersarang burung tekukur; Kalau bunga bukan sekuntum, Kumbang juga bukan seekor. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |