Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dai/] | داءيق

Definisi : benteng atau tembok, biasanya dibuat drpd tanah utk membendung air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dai/] | داءيق

Definisi : benteng atau tembok panjang yg dibuat drpd tanah dll utk menahan air dan mencegah banjir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daik

Puisi
 

Dari Kelebang pergi ke Daik,
     Dari Daik terus ke Melaka;
Kalau abang berhati baik,
     Sanak saudara semua suka.


Lihat selanjutnya...(46)

Pantun

PantunSumberTema
Hilir Daik menyongsong Daik, Tanam terombong di bawah batang; Kalau abang budi baik,baik/datang Tidak diseru saya datang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Dari Kelebang pergi ke Daik, Dari Daik terus ke Melaka; Kalau abang berhati baik, Sanak saudara semua suka.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Orang Daik pulang ke Daik, Ambung-ambung bertali benang; Kalau ada budi baik, Sampai mati boleh dikenang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Bukan saya pergi ke Daik, Sudah ke Daik menali benang; Budi baik dibalas baik, Sudah baik selalu dikenang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Orang Daik pergi memukat, Bila petang dia pun pulang; Orang baik hatinya bulat, Bila ditantang dia datang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang Daik pergi ke Bintan, Diterpa ombak tiada peduli; Orang baik berhati jantan, Membela haknya berani mati.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang Daik pergi belayar, Bekas habis tiada takut; Orang baik hati penyabar, Muka manis bicara lembut.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang Daik pergi ke ladang, Menanam padi sehingga senja; Orang baik hati penyayang, Menanam budi tiada berkira.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang Daik pergi menjala, Dapat udang dipanggang saja; Orang baik hatinya mulia, Diingat orang sepanjang masa.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang Daik berjaja batik, Batik ditempa pagi petang; Orang baik kerjanya baik, Bawa membawa rezeki datang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
1234567

Kembali ke atas