Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ku] | داکو

Definisi : aku (terutama apabila perkataan sebe­lumnya berakhirkan huruf n): akan ~; dengan ~; maafkan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ku] | داکو

Definisi : aku (perubahan drpd aku apabila perkataan sebelumnya berakhir dgn huruf n): akan ~; tinggalkan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daku


Pantun

PantunSumberTema
Tampak kulihat tanah seberang, Di kala petang menjelang senja; Biarlah daku di rantau orang, Semoga dapat melupa saja.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Putih kain putih bajuku, Putih dicuci embun salji; Jika kekasih bohongi daku, Putus kasih terlerai janji.Pantun Melayu SarawakKasih
Kalau tidak melihat pasang, Manakan tahu air melimpah; Kalau tidak mengingat abang, Manakan daku jadi gelisah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas