Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dakwat

Puisi
 

Ke darat menebang juak tukas,
     Tukas kutebang tepi jeraya;
Laksana dakwat dengan kertas,
     Samalah hancur sama binasa.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Ibarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh renggang terlepas.

Bermaksud :

Suami isteri yang berkasih-kasihan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Apabila duduk menulis, Jangan tertumpah dakwat; Apabila duduk di majlis, Jangan suka mengumpat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau tidak kerana cermat, Habislah dakwat dipeluk ungka; Kalau tidak kerana Nabi Muhammad, Habislah umat masuk neraka.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau berkitab sambil menulis, Jangan sampai dakwat terbuang; Kalau bercakap dalam menulis, Jangan sempat mengumpat orang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Budak-budak meruncing kalam, Makin diruncing makin tajam; Setitik dakwat nak perintah kalam, Adakah nyamuk nak perintah alam.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Ke darat menebang juak tukas, Tukas kutebang tepi jeraya; Laksana dakwat dengan kertas, Samalah hancur sama binasa.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sayang ke darat menahan pukat, Sayang ke padang ke Sungai Merah; Seperti kertas dengan dakwat, Sama menghancur sama mengalah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Teluk merah di atas talam, Talam terletak di atas geta; Inilah surat berkirim salam, Dakwat bercampur air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain batik selendang batik, Basuh tikar di atas batas; Adik cantik abang pun cantik, Bagai dakwat dengan kertas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas