Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalam di dalam

Puisi
 

Gok-gok minum di kendi,
     Di dalam kendi berisi bunga;
Gilalah mabuk kerana budi,
     Di dalam budi saya terkena.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Di luar merah di dalam pahit.

Bermaksud :

Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu, b. Di luar berkilat di dalam berongga).

 

Lihat selanjutnya...(148)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Bunga melur kembang berkaki, Mari dibungkus di dalam kertas; Di dalam telur lagi kunanti, Inikan pula telah menetas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung serindit di dalam perahu, Bunga bayam di dalam dulang; Hati adik merasa rindu, Kerana berjauhan dengan abang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bakawali akar seruntun, Mari disimpan di dalam kotak; Kirim salam di dalam pantun, Adakah sampai atau tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga cempaka baunya harum, Ditanam orang di dalam kota; Berpandang rupa bertemu belum, Di dalam hati sangat bercinta.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam putih berkokok lalu, Daun serbat di dalam padi; Adik putih alang gemalu, Tidak galak di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak lintah di paya dalam, Ramai orang menangguk udang; Nanti titah adik di dalam, Rasa tak sabar masuk seorang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak lintah di paya dalam, Mari ditangguk anak udang; Hati bercinta adik di dalam, Bagai tak tahu masuk seorang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Belok-belok ke jamban pilih, Teras seraya di dalam padi; Elok buruk aku tak pilih, Asalkan berkenan dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa timbul dalam puri, Halwa ridan bersama cempedak; Apa masyghul di dalam hati, Pagi makan petang tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak lintah paya dalam, Orang menangguk anak udang; Nanti titah adik di dalam, Bukan tak tahu masuk seorang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678

Kembali ke atas