Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ma/] | دامق

Definisi : = anak ~ dawai atau buluh dll (yg tajam hujungnya dan bergabus pangkalnya) yg di­gunakan sbg peluru bagi sumpitan, anak sumpitan; mendamak 1. menyumpit dgn berpelurukan damak; 2. mulai berduri (bkn putik durian); tak dapat didamak dipikat prb kalau tidak dapat dgn kekerasan, haruslah dgn lemah lembut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ma/] | دامق

Definisi : = anak ~ bilah buluh dll yg tajam hujungnya dan bergabus pangkalnya utk digunakan sbg peluru atau sbg anak sumpitan. mendamak menyumpit dgn berpelurukan damak: Orang-orang Senoi pandai ~ binatang hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata damak

Puisi
 

Dari Damak terus ke Bentan,
     Pergi berburu balik hari;
Desa semak dahulunya hutan,
     Tidak disangka jadi negeri.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Ada damak ada ipuh, Naik ke bukit nampak sumpitnya; Emas perak senang disepuh, Kalau besi nampak karatnya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Dari Damak terus ke Bentan, Pergi berburu balik hari; Desa semak dahulunya hutan, Tidak disangka jadi negeri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak Damak dalam hutan, Hendak menyumpit di tengah hari; Alangkah sedih serta kasihan, Sedangkan bertunang haram tak jadi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Semut meniti laju, Berbondong meniti damak; Jikalah tuan setuju, Sejuk perut emak.Pantun Melayu SarawakNasihat
Habis bayam disusur babi, Banyak mati terkena damak; Ayam jangan bebaskan diri, Biawak tunggu di tepi semak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas