Jika menyukat tidak pandai, Tentu ditimbang tak sama berat; Jika adat tidak dipakai, Seteru datang laut dan darat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Jika tumbuh batang ke pintu, Papan di Jawa saya dirikan; Jika sungguh cakap begitu, Nyawa dan badan saya serahkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari jauh bermalam datang, Hendak menuju pergi Kemboja; Jika sudah terkata langsung, Mahal dan murah ikut harga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Ada buluh diraut-raut, Diraut halus dibuat tikar; Jika hendak pergi melaut, Lupa jangan kemudi dan layar. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |