Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dan juga

Puisi
 

Orang Cina juga Melayu,
     Juga Jepun tak jadi bertanam;
Apa kena bungaku layu,
     Bunga ditunggu salah ditanam.


Lihat selanjutnya...(185)
Peribahasa

Lurah juga diturut air,
     bukit juga dilejang panas.

Bermaksud :

Orang yang berpengaruh juga yang mendapat penghormatan dan orang yang biasa jahat pula yang selalu dituduh.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Pantun

PantunSumberTema
Bawa juga belat dan bubu, Dapat seekor ikan parang, Di hadapan isteri disebut babu, Tengah malam disebut sayang.Pantun Melayu SarawakKasih
Pergi mengail diwaktu pagi, Bawa juga belat dan bubu; Tidak mustahil di waktu ini, Tuan beradu di katil babu.Pantun Melayu SarawakKasih
Kalau ditegang jerami sianit, Keratlah juga berhemat-hemat; Kalau ditimbang bumi dan langit, Beratlah juga Nabi Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Minumlah kopi tidak bergula, Pahit-pahit diminum juga; Jikalau sudah hati gila, Jahat dan baik kutolong juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah papaya buah nanas, Masak sebiji seri gading; Sungguh saya buaya ganas, Pilih juga darah dan daging.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Buah bacang masak setangkai. Elok dibuat sambal belacan; Sudah kujelang teluk dan pantai, Adik tak juga mengirim pesan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Lurus kayu menjadi tiang, Tiang bendera dan panji-panji; Tulus hatiku meminang abang, Abang juga mungkirkan janji.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sungguh periang orang bersuling, Pagi dan petang bersuka ria; Sungguh menyayang orang sumbing, Dimarahi orang tertawa juga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang naik terus ke atas, Pergi untuk melapangkan dada; Orang baik tulus dan ikhlas, Laki bangkok ditimangnya juga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas