Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.pat] | داڤت

Definisi : 1 boleh (berupaya) melakukan sesuatu; sanggup: Saya ~ menyudahkan kerja itu. 2 bp beroleh; menerima; kena: Saya ~ RM10,000/- kerana memenangi peraduan itu. 3 bp bertemu dgn apa-apa yg dicari; bersua: Penat ia mencari duitnya yg hilang itu tetapi tidak juga ~. 4 bp berjaya (bkn apa-apa yg diusahakan atau yg dicita-citakan); tercapai; berhasil: Akhirnya ~ juga apa yg dicita-citakannya. ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha. mendapat 1 menerima; beroleh: Adiknya ~ gelaran ratu kebaya. 2 mengalami; menemui: Dia selalu ~ kesusahan. mendapati 1 menjumpai; menemui: Dia ~ emaknya sedang tidur. 2 mendapat maklumat; mengetahui: Doktor ~ banyak penduduk di situ yg menghidap penyakit malaria. 3 memperoleh; menemukan. mendapatkan 1 pergi (datang) bertemu dgn atau mengunjungi: Anak itu berlari-lari ~ ibunya yg baru pulang dr pasar. 2 memperoleh sesuatu utk orang lain: Ani ~ adiknya sebuah buku cerita. 3 berusaha utk mendapat atau utk memperoleh sesuatu: Tumbuh-tumbuhan mempunyai beberapa cara utk ~ makanan. terdapat didapati ada; ada: Di belakang rumahnya, ~ juga pokok buah-buahan. pendapatan hasil pencarian: Kerana ~nya kecil, ia tidak mampu membeli rumah. berpendapatan beroleh atau mempunyai pendapatan: Dia termasuk dlm golongan yg ~ tinggi. pendapat fikiran; pandangan; anggapan: Pd ~ saya, eloklah kita sokong projek pembinaan surau itu. sedapat sebagaimana atau sebanyak yg dpt. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapat

Puisi
 

Tidaklah dapat kuikat-ikat,
     Kuikat dengan tali benang;
Tidaklah dapat kulihat-lihat,
     Mata melihat hati mengenang.


Lihat selanjutnya...(239)
Peribahasa

Rusa dijumpai tiada dikejar.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak).

 

Lihat selanjutnya...(352)


Pantun

PantunSumberTema
Budak-budak ramai menimba, Dapat banyak si ikan keli; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati susah sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Ani menahan pukat, Dapat ikan berkati-kati; Kalau hati sudah terpikat, Tak dapat lagi ditukar ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Cina turun memukat, Dapat seekor ikan labi; Biar kukuh pegang pengikat, Burung terbang tak balik lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buat ketupat bakul baru, Buang kulit lautan Siam; Abang dapat kekasih baru, Buang saya dalam diam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anyam ketupat tebakul baru, Mari makan sira gula; Sudah dapat kasih baru, Buang saya dengan segera.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung punai terbang ke hulu, Berkawan melayang ke kuala; Tak dapat dikenang zaman dulu, Bila dikenang hatiku gila.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung nuri burung tiung, Mari hinggap di muka pintu; Putus benang dapat disambung, Putus hati siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga anggerik bunga di taman, Bau harum wangi semerbak; Jikalau kumbang dapat di tangan, Kutangkap sekali terlepas tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beli kain terus dilipat, Lipat pula cara sedia; Cari yang lain tidak dapat, Balik pula pada dia.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Esah menanam tebu, Tebu ditanam tidak bersuli; Tidak usah badan bertemu, Asal dapat mendengar bunyi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas