Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Kalau dapat diikat-ikat,
     Ikat dengan tali benang;
Tidaklah dapat kulihat-lihat,
     Mata melihat hati mengenang.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Terbang tinggi sekawan burung, Hinggap menghisap madu bunga; Melentur buluh dari rebung, Dapat melihat hasil buahnya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tidaklah dapat kuikat-ikat, Kuikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Mata melihat hati mengenang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau dapat diikat-ikat, Ikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Mata melihat hati mengenang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Benang sutera dibuat kain, Dapat dipakai di dalam helat; Abang kusapa melihat ke lain, Ikat terungkal padamlah niat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belilah haruan serta belanak, Dapat dipindah sesudah bersih; Hati menyetan dadaku bengkak, Melihat abang berpindah kasih.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit dapat pengganti pisau; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit melihat laki merayau.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Untuk apa orang menari, Untuk dapat bersukacita; Untuk apa abang ke mari, Untuk melihat wajah dinda.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pergi berburu di hutan Tabuan, Dapat seekor burung kedidi; Berjalan-jalan tiada tujuan, Pak Tua melihat makan tak jadi.Pantun Melayu SarawakNasihat
Bila berjalan sama seiring Banyak kerja dapat dibuat; Apabila puan suka menjeling, Sesaklah dada hamba melihat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa guna periuk dijual, Bila tidak dapat bertanak; Apa guna duduk berbual, Bila tak mahu melihat awak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas