Elok belat dapatlah ikan, Ikan pari ikan sembilang; Elok adat selamatlah badan, Saban hari berdada lapang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok belat dapatlah ikan, Rasanya enak dibuat gulai; Elok adat selamatlah badan, Saudara banyak sahabat ramai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok belat dapatlah ikan, Ikan belanak rasanya sedap; Elok adat selamatlah badan, Makan enak tidur pun lelap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok belat dapatlah ikan, Dibawa pulang perisa disalai; Elok adat selamatlah badan, Ke mana memandang terasa damai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok belat dapatlah ikan, Dapat dijual penambah belanja; Elok adat selamatlah badan, Taat beramai tabah bekerja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok belat dapatlah ikan, Untuk lauk petang dan pagi; Elok adat selamatlah badan, Ke mana duduk orang memuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terpelihara belat dapatlah ikan, Terpelihara perahu sampai ke seberang; Terpelihara adat selamatlah badan, Terpelihara ilmu dihargai orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Air pasang singgahlah dulu, Dapatlah berhenti di pulau karang; Hatiku bimbang bertambah pilu, Ingat kekasih di rantau orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bi Semat di kepala tangga, Cubalah juak menabur padi; Beri alamat kepada kamek berdua, Dapatlah kamek berdua menghibur hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |