Kencang utara daratan Siam, Bunyi beduk dari hulu; Datang sengsara duduk diam, Asalkan tertutup sekalian malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Bila anggota sudah pegal, Jangan lagi dibawa berjalan; Bila nama sudah terkenal, Jangan sekali lupa daratan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Waktu menteri berdagang terung, Celananya basah kena santan; Pilulah hati memandang umat, Rajanya serakah lupa daratan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Belah buluh bersegi-segi, Buat mari serampang ikan; Kuasa Allah berbagai-bagai, Lebih laut dari daratan. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Anak raja turun menjala, Dapat seekor ikan haruan; Gunung yang mana jadi paya, Laut mana jadi daratan? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak tiung di kebun Cina, Hinggap mari di hujung dahan; Pulau terpasung gunung bertanya, Adakah ombak atas daratan? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |