Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.yu] | دايو

Definisi : ; mendayu 1. = mendayu-dayu sayu (-sayu), sayup-sayup kedengaran (bkn bunyi yg berirama, suara, dsb); 2. = mendayu-dayu berbunyi sayu-sayu atau sayup-sayup: biola ~ melagukan Seri Mersing; 3. = men­dayukan menyanyikan (lagu yg sayu) utk menidurkan anak, menguliti (menyanyikan) anak supaya tidur, mendondong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.yu] | دايو

Definisi : ; mendayu sayup-sayup kedengaran (bunyi muzik, nyanyian atau suara): Dr jauh terdengar suara ~. mendayukan menyanyikan (lagu sayu) utk anak supaya tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dayu

Puisi
 

Anak rusa satu kandang,
     Bunyinya sampai mendayu-dayu;
Khabar nakhoda ada dikenang,
     Habis membeli sehelai baju.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Bunyi pungguk dayu-mendayu, Hinggap di ranting lata-melata; Lapuklah sebelah lengan baju, Kerana menghapus air mata.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Rebab berbunyi dayu-mendayu, Siapa mendengar pilulah hati; Sedaplah hati hamba menunggu, Dinda kudengar mahu berjanji.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Wak-wak mendayu-dayu, Anak sempilai dalam perigi; Kalau nak buang buangkan lalu, Jangan didendam di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buluh perindu dibuat suling, Bunyinya merdu mendayu-dayu; Menahan rindu badanku kering, Dinda tak mahu mengambil tahu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Alangkah sayu hati di dalam, Mendengar guruh dayu-mendayu; Abang merayu siang dan malam, Gementar tubuh menahan rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak rusa satu kandang, Bunyinya sampai mendayu-dayu; Khabar nakhoda ada dikenang, Habis membeli sehelai baju.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Sungguh kuat terbang tekukur, Sayup bunyi mendayu-dayu; Sungguhpun tajam pisau cukur, Tapi tak boleh dipotong kayu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tiup seruling di tanah lapang, Bunyi merdu berdayu-dayu; Hati runsing kepada abang, Kirimlah salam kepada mak bayu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas