Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kulit padi yg menjadi serbuk ketika padi ditumbuk;bagai padi hendakkan ~, bagai laki hen­dakkan kendak prb orang yg suka menolak pem­berian yg baik dan lebih suka membuat pe­kerjaan buruk; minta ~ kpd orang me­ngubik prb minta bantuan pd orang yg tidak mampu menolong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dedak I

Puisi
 

Kalau dedak katakan dedak,
     Jangan saya tertampi-tampi;
Kalau hendak katakan hendak,
     Jangan saya ternanti-nanti.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Tidak terindang dedak,
     berbiak lagi.

Bermaksud :

Tidak berdaya lagi, sudah lemah benar. berbiak = basah.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Bukan dedak sebarang dedak, Dedak seberang laut jati; Bukan budak sebarang budak, Budak ini berani mati.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Kalau dedak katakan dedak, Jangan saya tertampi-tampi; Kalau hendak katakan hendak, Jangan saya ternanti-nanti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau dedak kata dedak, Jangan saya tertampi-tampi; Kalau tidak kata tidak, Jangan saya ternanti-nanti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak kuda memakan dedak, Datang balam duduk berjaga; Awak duda gilakan talak, Siang malam mengintai janda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apa guna seguni dedak, Hendak kuhanyut di rakit buluh; Tubuh besar berbininya tidak, Taruh penyakit di dalam tubuh.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Untuk apa menumbuk padi, Kalau dedak menjadi sekam; Untuk apa berbusuk hati, Kalau tidak menjadi dendam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas