Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dék] | ديک

Definisi : (dék) Id, bp kain selimut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dék] | ديک

Definisi : (dék) 1. geladak: selepas jam tiga petang, aku duduk di ~ sambil melunjurkan kaki bermalas-malas; 2. (Hut) pelantar tempat kayu balak diturunkan dr lori atau kereta api, biasanya di sisi kilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dék] | ديک

Definisi : (dék) kerana, oleh: lalu gegak gem-pitalah seluruh isi bumi Malaysia ~ kegigihan pendiayah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dék] | ديک

Definisi : /dék/ lantai kapal atau perahu; geladak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dek

Puisi
 

Terkiok ayam dek musang,
     Ambil hatinya sebelanga;
Janganlah kasih digerusang,
     Biar berungai hendaknya lama.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Kain rabak tegal dek lenggang awak,
     baju rabik tegal dek lenggok awak,
kopiah pesuk tegal dek lonjak awak.

Bermaksud :

Orang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri. rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Terkiok ayam dek musang, Ambil hatinya sebelanga; Janganlah kasih digerusang, Biar berungai hendaknya lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ya sungguh makan dek api, Buah kelubi padang seberang; Ya sungguh tinggal dek laki, Apa peduli pada orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sagu ladang makan dek kuda, Ramas limau dalam telaga; Tidak padan dengan kita, Dia emas kita tembaga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sagu ladang makan dek kuda, Anak udang balik batu; Tidak padan dengan kita, Apa abang kata begitu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam-ayam tersipi-sipi, Sambar dek elang tercungap-cungap; Tidur malam termimpi-mimpi, Tidur siang teringat-ingat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam bertelur dalam semak, Telur habis makan dek jukung; Bagaimana badan tak gemuk, Abang balik membawa untung.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Tanam timun dalam jerelung, Sagu ladang makan dek kuda; Segala semut sejenak jerung, Tidak padan dengan kita.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Soldadu mudik enam orang, Tinggi berjamang pula; Lihat dek made awan terbang, Entah ke mana akan sampainya.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Teluk Yong Kemadu Angsa, Tiga dengan Teluk Melati; Ketuk dek tudung haram tak biasa, Hanya menjeling sampai ke hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Terlitak-litak dari pekan, Menjinjing lauk kira-kira; Bukannya litak dek tak makan, Litak diremuk kira-kira.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas