Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.li.ma] | دليما

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), Punica gramnatum; ~ burung sj tumbuhan (pokok renek), daun pekan, delik air, Memecylon dichotomum; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), cempaka tanjung, Gardenia tubifera; ~ merekah warna bibir yg elok; batu ~ sj permata (berwarna merah muda); warna ~ warna merah muda; spt daun ~ dgn bunganya prb hidup yg tidak berguna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.li.ma] | دليما

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya boleh dimakan), Punica gromatum. ~ merekah warna bibir yg elok (merah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata delima

Puisi
 

Delima batu dipenggal-penggal,
     Bawa galah ke tanah merah;
Lima waktu kalau ditinggal,
     Allah taala memang marah.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Seperti daun delima dengan bunganya.

Bermaksud :

Hidup yang tiada berguna.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Satu tampik jariku lima, Dua tampik jari sepuluh; Nasib benar buah delima, Delima ditanam peria tumbuh.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Delima batu dipenggal-penggal, Bawa galah ke tanah merah; Lima waktu kalau ditinggal, Allah taala memang marah.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Biji delima-dimakan orang, Rasanya kelat bercampur masam; Hati merana bukan kepalang, Dinda kuingat siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayang delima masak merkah, Kasi makan raja di Daik; Buah tinggi apa diranggah, Tunggu masak bukankah baik?Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Buah delima masak merekah, Sudah tika berbunga lagi; Bermohon kasih puas sudah, Ibarat embun dibakar matahari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Wangilah bau delima merkah, Mau diperam mudahlah busuk; Hatilah jemu dipaksa nikah, Baru semalam sudah beramuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Buah pauh delima batu, Daun terlantar di Pulau Ulat; Saya jauh di negeri satu, Burung terbang berkirim surat.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Putik pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Sungguh jauh di negeri satu, Hilang di mata di hati jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pucuk pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Tuan jauh negeri satu, Hilang di mata di hati jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Saya jauh beribu batu, Saya di sini dilupa jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas